UNIT SUKAN & PAJSK

En. Ahmad Rafidi B. Abdul Kadir
Keselamatan dalam sukan merangkumi pelbagai aspek sama ada persediaan fizikal mahupun persediaan alatan. Persediaan fizikal meliputi aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan. Manakala persediaan dari segi alatan pula adalah sperti kesesuaian pakaian, alatan sukan dan peraturan pertandingan atau latihan. Ramai dikalangan atlit mengalami kecederaan kerana mengabaikan perkara-perkara berikut. Jadi, sebagai langkah bagi mengelakkan kecederaan maka aspek keselamatan perluah diutamakan sebelum, semasa dan selepas latihan, pertandingan. Perincian keselamatan dalam sukan adalah seperti berikut :
PAKAIAN
Pakaian dalam sukan haruslah sesuai dengan saiz tubuh badan dan membenarkan penyejatan peluh berlaku. Pakaian yang diperbuat daripada kapas adalah sesuai dengan iklim negara kita kerana ia menyerap peluh. Ini akan mengelakkan peningkatan suhu yang mendadak. Pakaian yang terlalu ketat akan menjerut peredaran saluran darah dan ia akan menjejaskan kesihatan dan prestasi atlit.
PERALATAN BERSUKAN
Peralatan mestilah bersesuaian dengan umur, ketinggian dan keupayaan fizikal individu itu untuk keselesaan bersukan malahan akan dapat meningkatkan motivasi individu tersebut untuk terus terlibat dalam sukan. Sebagai contoh, pelajar sekolah rendah yang ingin bermain tenis perlulah menggunakan riket yang bersesuaian dengan saiz dan berat mereka supaya ia tidak menjejaskan tahap peningkatan prestasinya dalam sukan tenis. Jadi tidak dapat dinafikan lagi kesesuaian peralatan bersukan amat penting agar ia dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk meningkatkan prestasi seseorang atlit.
PERALATAN KESELAMATAN
Semua atlit atau pemain mestilah menggunakan peralatan keselamatan untuk mengelak dari berlakunya kecederaan. Kebanyakan alatan keselamatan adalah mengikut kesesuaian pemakainya. Sukan-sukan yang berisiko tinggi untuk mendapatkan kecederaan seperti hoki, ragbi, taekwondo dan bola sepak mempunyai alatan sinpad, abdominal guard, head gear dan sarung tangan untuk melindungi bahagian-bahagian tertentu.
PERALATAN PERTANDINGAN
Penganjur pertanding umur haruslah mengutamakan keselamatan terutamanya dalam menyediakan peraturan sesuatu pertandingan. Peraturan-peraturan permainan yang telah ditetapkan oleh badan-badan sukan wajib dipatuhi agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Seharusnya penganjur sesuatu kejohanan atau pertandingan merujuk peraturan yang telah disediakan dan diedarkan kepada semua yang terlibat sebagai panduan.
PADANG DAN GELANGGANG
Kawasan permainan atau latihan seperti padang dan gelanggang haruslah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik dan tidak membahayakan penggunanya. Sebagai contoh padang ragbi yang tidak rata dan berlubang-lubang boleh mencederakan pemain seperti terseliuh dan tersadung. Ini akan menjejaskan prestasi pemain dan boleh mendatangkan bahaya kepada mereka. Jadi padang dan gelanggang mestilah sentiasa berada dalam keadaan yang baik serta alatan yang berada di sana juga turut dalam keadaan yang baik agar ia dapat digunakan sepenuhnya.
En. Ahmad Rafidi B. Abdul Kadir
Setiausaha Sukan
SMK Malim Nawar


Bidang Sukan
Nota Ringkas
L18 = LA L15 = LB L14 = LC P18 = PA P15 = PB P14 = PC
Pungutan Mata Rumah Sukan (Sukan Tara + Pra Sukan + Hari Sukan 2015

STAF SMKMN



Staf Sokongan Pem.Makmal

INFOLINK2
Masa Persekolahan
Isnin - Khamis / Jumaat
7:20 pg hingga 2:30 ptg [sesi pagi]
9:30 pg hingga 4:30 ptg [sesi petang]
Sabtu / Ahad
9:00 pg hingga 12:00 tgh
Jika ada temujanji / tuisyen / kursus
BLOGROL

GroupLink
EasyLink
Video Klip Terpilih
Majlis Perasmian Galeri




Anda Tetamu Kami Yang Ke
© 2015 selamat datang ke laman smkmn@aee2074 [www.wix.com] Ikuti kami melalui :
LINK KPM/JPN/PPD
KPM
LINK FROG VLE
Senarai Frog Vle Pelajar & Ibu Bapa
Ladap Frog Vle SMK Malim Nawar
SILA 'ACTIVATED' FROG VLE ANDA
PENGGUNAAN FROG VLE SECARA BERKALA
Hakcipta Terpelihara © 2015. Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Nawar
PENAFIAN: Pengguna pelayaran laman web bertanggungjawab untuk merahsiakan sebarang masalah pandangan negatif terhadap institusi sekolah ini. SMK Malim Nawar tidak bertanggungjawab kepada sebarang masalah yang timbul akibat pencerobohan dan kecuaian disebabkan oleh pihak pengguna. Selamat datang ke laman web SMK Malim Nawar.