top of page

En. Azizul Khalili Bin Yahaya

PK Kokurikulum

SMK Malim Nawar

 

KATA ALU-ALUAN

 

Warga Pendidik, 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

 

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat kembali menjalankan tugas tahun 2017. Semoga dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dan penuh dedikasi setelah bercuti panjang. 

 

Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan. Setiap pelajar diwajibkan supaya menyertai sekurang-kurangnya satu daripada setiap aktiviti tersebut. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja dapat memberikan keseronokan malahan dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pelajar yang menyertainya. Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar agak mengecewakan.

 

Oleh itu,terdapat pelbagai langkah dapat menggalakkan pelajar mengikuti aktiviti ini. Sikap tidak acuh pelajar ini telah menyebabkan kerajaan mewajibkan kegiatan ini dan menjadi syarat untuk pemilihan ke universiti.

 

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum.

 

Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang. pihak sekolah hendaklah memainkan peranan supaya pelajar bergiat cergas dalam kegiatan kokurikulum. Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih giat dan cergas. Selain itu, kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu bapa harus diperkukuh supaya segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan. Pepatah Melayu mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

 

Oleh itu, semua pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum supaya pelajar yang berdaya saing, berketerampilan, kreatif dan inovatif dapat dihasilkan.

 

Saya berdoa dan yakin, semoga segala inspirasi murni ini dapat direalisasikan dengan adanya sifat-sifat kebertanggungjawaban, jujur, ikhlas, amanah dan sabar, yang tertanam dalam sanubari setiap pendidik warga SMK Malim Nawar. InsyaAllah.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

En. Azizul Khalili Bin Yahaya

PK Kokurikulum

SMK Malim Nawar

KOKURIKULUM

1.   Tetapan Rancangan Strategik Kokurikulum [bahan]

2.   Pencapaian prestasi kokurikulum yang tinggi

3.   Pembudayaan  1 murid 1 sukan

4.   Sofbol sebagai permainan nic

Bidang Tugas Utama

STAF SMKMN
INFOLINK2
Jadual Kelas Bimbingan Tg.5-2018
Jadual Kelas Bimbingan Tg.3-2018
Masa Persekolahan

Isnin - Khamis / Jumaat

7:20 pg hingga 2:30 ptg [sesi pagi]

9:30 pg hingga 4:30 ptg [sesi petang]

 

Sabtu / Ahad

9:00 pg hingga 12:00 tgh

 

Jika ada temujanji / tuisyen / kursus

BLOGROL

GroupLink

EasyLink

Video Klip Terpilih

Majlis Perasmian Galeri

Anda Tetamu Kami Yang Ke

© 2015 selamat datang ke laman smkmn@aee2074   [www.wix.com]                           Ikuti kami melalui :

  • Facebook Basic
  • Twitter Basic
  • YouTube Basic
  • Google+ Basic
  • LinkedIn Basic

Hakcipta Terpelihara © 2015. Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Nawar

 

PENAFIAN: Pengguna pelayaran laman web bertanggungjawab untuk merahsiakan sebarang masalah pandangan negatif terhadap institusi sekolah ini. SMK Malim Nawar tidak bertanggungjawab kepada sebarang masalah yang timbul akibat pencerobohan dan kecuaian disebabkan oleh pihak pengguna. Selamat datang ke laman web SMK Malim Nawar.

 

bottom of page