top of page

GALERI : Sejarah Malim Nawar

Sejarah Sekolah

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Nawar atau nama ringkasnya SMK Malim Nawar , merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Besar.

 

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Nawar memiliki 505 pelajar lelaki dan 457 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 962 orang. Ia mempunyai seramai 57 orang guru.

1) 11.1.1965 - Penubuhan SMR Malim Nawar (menumpang di SRJK (C) Ying Sing).

2) 1967 - Blok A,B,C,D dan kantin siap di bina. 6 bilik darjah bilik KH, Makmal Sains dan Pejabat.

3) 1969 - Blok E, Blok 2 Tingkat siap di bina dan diduduki. 8 bilik darjah dan 1 Makmal Sains.

4) 1977 - Blok F disiapkan. Blok ini mengandungi 14 bilik darjah. Tambahan 1 bangunan dan 2 Makmal Sains.

5) 1979  - Penubuhan kelas Tingkatan 4 beraliran Sastera.

6) 1991  - Blok G dengan 12 bilik darjah siap di bina dan diduduki.

7) 1995  - Kelas aliran Sains bagi Tingkatan 4 diwujudkan.

8)  2000 - Siap Pembinaan Blok Makmal Komputer.

9)  2012 - Siap Pembinaan Blok Tandas Guru.

Malim Nawar

Daripada Wikipedia , ensiklopedia bebas.

Pekan Malim Nawar terletak dalam Daerah Kampar , Perak Darul Ridzuan . Pekan ini boleh dihubungi melalui tiga jalan utama iaitu sama ada melalui Laluan Persekutuan 1 (masuk melalui simpang Kuala Dipang iaitu 6.0 km dari simpang itu) atau melalui Pekan Tanjung Tualang (jaraknya lebih kurang 5.0 km)dan satu lagi adalah dari jalan Kota Bharu, Gopeng (jaraknya juga lebih kurang 5.0 km).

 

Asal-Usul Nama Malim Nawar

Menurut cerita orang tua, nama Malim Nawar berasal daripada nama seorang mualim (ilmuan agama) yang terkenal bernama gelaran Mualim Munawar.(perlu rujukan) Pada masa itu, sesiapa sahaja yang bermasalah samada sakit atau peribadi, maka mereka akan berjumpa dengan mualim tersebut bagi mendapat penawar atau nasihat yang dipercayai mujarab bagi menyembuhkan banyak penyakitnya atau menyelesaikan masalah mereka. Oleh yang demikian, mualim menjadi sebutan di daerah Kinta ini.

Orang ramai sering menyebut-nyebut tentang kebijaksanaan mualim dan pe nawar nya. Maka ramai orang mengunjungi kawasan ini untuk mendapatkan khidmatnya. Tempat atau kampung ini terletak diantara Sungai Kunyit dan Sungai Kampar. Disebabkan kawasan atau kampung tempat ini pada masa itu tidak mempunyai nama.Lama-kelamaan apabila orang menyebut tempat ini orang hanya merujuk kepada kepada Mualim yang terkenal dengan pe nawar nya.Lama kelamaan sebutan perkataan Mualim dan pe nawar kemudian disingkatkan menjadi perkataan Malim Nawar yang dikenali hingga sekarang.Iaitu Kampung Malim Nawar .Disebabkan aktiviti perlombongan yang pesat dan menjadi tumpuan orang ramai menjana kehidupan lama kelamaan wujud satu penempatan yang dipanggil pekan. Pekan Malim Nawar dinamakan bersempana nama Kampung Malim Nawar tersebut yang mengambil sebutan Mualim Nawar iaitu Malim Nawar.

 

Sungai Kunyit

Selain nama Malim Nawar , pekan ini juga dikenali sebagai Sungai Kunyit . Ini merujuk kepada nama sebatang sungai yang menjadi sumber pengangkutan dan kehidupan juga aktiviti perlombongan kawasan sekitar ini pada masa awal penempatan kawasan ini. Sungai ini hilirnya pada masa dahulu mengalir dari pekan Jeram dan Kuala Dipang iaitu pecahan daripada Sungai Kampar dan hulunya bertemu Sungai Kampar juga.Gelaran nama ini biasanya disebut-sebut oleh masyarakat Cina. Ia terkenal dengan hasil keluaran bijih timah pada suatu masa dahulu.

Dipercayai bahawa nama Sungai Kunyit disebabkan air sungai itu berwarna seperti warna air kunyit akibat kesan daripada aktiviti perlombongan Nama ini adalah panggilan awal penempatan kawasan sekitarn sungai ini.Panggilan ini lebih popular bagi masyarakat Cina iaitu sebatang sungai yang sekarang boleh ditemui terletak di tepi jalan besar dari pekan Malim Nawar menghala ke pekan Tanjung Tualang dipinggirnya terletak sebuah tokong Cina. Nama Sungai Kunyit juga digunakan sebagai nama terkenal bagi bangsa Cina untuk pekan Malim Nawar hingga kini. Ia bersempena sungai berfungsi sebagai nadi kehidupan, pengangkutan dan perlombongan.

 

Senarai Masjid

  • Masjid Jamek Malim Nawar, 31700 Malim Nawar

  • Masjid Kampung Changkat Belulang

  • Masjid Kampung Tualang Sekah

  • Masjid Kampung Pulau Pisang

 

STAF SMKMN
INFOLINK2
Jadual Kelas Bimbingan Tg.5-2018
Jadual Kelas Bimbingan Tg.3-2018
Masa Persekolahan

Isnin - Khamis / Jumaat

7:20 pg hingga 2:30 ptg [sesi pagi]

9:30 pg hingga 4:30 ptg [sesi petang]

 

Sabtu / Ahad

9:00 pg hingga 12:00 tgh

 

Jika ada temujanji / tuisyen / kursus

BLOGROL

GroupLink

EasyLink

Video Klip Terpilih

Majlis Perasmian Galeri

Anda Tetamu Kami Yang Ke

© 2015 selamat datang ke laman smkmn@aee2074   [www.wix.com]                           Ikuti kami melalui :

  • Facebook Basic
  • Twitter Basic
  • YouTube Basic
  • Google+ Basic
  • LinkedIn Basic

Hakcipta Terpelihara © 2015. Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Nawar

 

PENAFIAN: Pengguna pelayaran laman web bertanggungjawab untuk merahsiakan sebarang masalah pandangan negatif terhadap institusi sekolah ini. SMK Malim Nawar tidak bertanggungjawab kepada sebarang masalah yang timbul akibat pencerobohan dan kecuaian disebabkan oleh pihak pengguna. Selamat datang ke laman web SMK Malim Nawar.

 

bottom of page