top of page

Kata Aluan

 

Warga Pendidik, 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

 

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat kembali menjalankan tugas tahun 2015. Semoga dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dan penuh dedikasi setelah bercuti panjang. 

 

Dalam era globalisasi ini, ditambah dengan bahang kepesatan di bidang pendidikan yang pelbagai, menuntut kita sebagai pendidik untuk lebih peka dan menguasai teknologi dan pengetahuan baru sesuai dengan perkembangan semasa melalui proses terancang dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

 

Selari dengan aspirasi dan harapan ibu bapa, pelajar, masyarakat dan negara di zaman millennium ini terhadap institusi sekolah, memerlukan kita banyak berkorban dalam pelbagai aspek. Guru masing-masing dengan tanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tulus dan bekerjasama dalam menentukan halatuju dan kecemerlangan SMK Malim Nawar. Kejujuran, keikhlasan menjadi tunjang kepada guru melaksanakan PdP dalam suasana ceria dan gembira, sehingga menimbulkan keseronokan pelajar menimba ilmu, sehingga sekolah menjadi rumah kedua.

 

Saya percaya, kita semuanya ada peranan masing-masing dalam membentuk dan melahirkan pelajar cemerlang yang seimbang, terutama sahsiah dan tingkahlaku insan bertakwa dan berbudi timur.

 

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa Unit ICT sekolah yang begitu komited dalam usaha mewujudkan laman web ini.

 

Saya berdoa dan yakin, semoga segala inspirasi murni ini dapat direalisasikan dengan adanya sifat-sifat kebertanggungjawaban, jujur, ikhlas, amanah dan sabar, yang tertanam dalam sanubari setiap pendidik warga SMK Malim Nawar. InsyaAllah.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

 

Cik Hjh. Suria Bt. Sharif

Pengetua

SMK Malim Nawar

 

PENGETUA

Bidang Tugas Utama

1.   Tetapan Rancangan Strategik Pentadbiran [bahan]

2.   Pengurusan Fizikal

3.   Pengurusan Sumber Manusia

STAF SMKMN
INFOLINK2
Jadual Kelas Bimbingan Tg.5-2018
Jadual Kelas Bimbingan Tg.3-2018
Masa Persekolahan

Isnin - Khamis / Jumaat

7:20 pg hingga 2:30 ptg [sesi pagi]

9:30 pg hingga 4:30 ptg [sesi petang]

 

Sabtu / Ahad

9:00 pg hingga 12:00 tgh

 

Jika ada temujanji / tuisyen / kursus

BLOGROL

GroupLink

EasyLink

Video Klip Terpilih

Majlis Perasmian Galeri

Anda Tetamu Kami Yang Ke

© 2015 selamat datang ke laman smkmn@aee2074   [www.wix.com]                           Ikuti kami melalui :

  • Facebook Basic
  • Twitter Basic
  • YouTube Basic
  • Google+ Basic
  • LinkedIn Basic

Hakcipta Terpelihara © 2015. Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Nawar

 

PENAFIAN: Pengguna pelayaran laman web bertanggungjawab untuk merahsiakan sebarang masalah pandangan negatif terhadap institusi sekolah ini. SMK Malim Nawar tidak bertanggungjawab kepada sebarang masalah yang timbul akibat pencerobohan dan kecuaian disebabkan oleh pihak pengguna. Selamat datang ke laman web SMK Malim Nawar.

 

bottom of page