Galeri Warisan Seri Mawar
SMK Malim Nawar
Pelancaran penubuhan Galeri Warisan Seri Mawar akan diadakan pada 28 Ogos 2015 sempena sambutan bulan kemerdekaan tanggal ke-58 dan genap 50 tahun penubuhan sekolah ini setelah hasil pungutan Jogathon Galeri diperolehi dan anggaran perbelanjaan pembinaan sudut galeri sekolah di antara Bilik Gerakan dan Tandas Guru berkoridor ialah RM40 000.00.

GALERI SEKOLAH
Sejarah Ringkas Penubuhan SMK Malim Nawar.
11.1.1965 - Penubuhan SMR Malim Nawar (menumpang di SRJK (C) Ying Sing).
1967 - Blok A,B,C,D dan kantin siap di bina (6 bilik darjah, bilik KH, Makmal Sains dan Pejabat).
1969 - Blok E, Blok 2 Tingkat siap di bina dan diduduki ( 8 bilik darjah dan 1 Makmal Sains).
1977 - Blok F disiapkan. Blok ini mengandungi 14 bilik darjah dan 2 Makmal Sains.
1979 - Penubuhan kelas Tingkatan 4 beraliran Sastera.
1991 - Blok G dengan 12 bilik darjah siap di bina dan diduduki.
1995 - Kelas aliran Sains bagi Tingkatan 4 diwujudkan.
2000 - Pembinaan Blok Makmal Komputer (A dan B)
2013 - Pembinaan Tandas Guru.
2015 - Pembinaan Sudut Galeri. Pelancaran pada : 28 Ogos 2015
Catatan penuh Sejarah SMK Malim Nawar.
SEJARAH PENUBUHAN SMK MALIM NAWAR
Sejarah sekolah ini bermula dengan penubuhan Sekolah MenengahRendah Malim Nawar ( SMR Malim Nawar ) pada tanggal 11.1.1965. Pada waktu itu bangunan sekolah ini menumpang di SRJK (C) Ying Sing. Pengetua pertama bagi sekolah ini ialah Encik Lee Peng Han.
Apabila sekolah ini dipindahkan ke tapak yang disediakan oleh pihak kerajaan , berlaku proses pembangunan yang sangat pantas. Menjelang tahun 1967 hingga 1969 Blok-blok A, B,C, D dan E telah dibina yang terdiri daripada 14 bilik darjah, bilik Kemahiran Hidup, Makmal Sains dan pejabat sekolah. Pada tahun 1977 bangunan Blok F pula siap dibina yang turut mengandungi 14 buah bilik darjah dan 2 makmal Sains.
Pada tahun 1979 dibawah pentadbiran Encik Sohan Singh selaku Pengetua, kelas Tingkatan 4 beraliran Sastera mula diwujudkan dan sekolah ini mula dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Nawar ( SMK Malim Nawar ). Menjelang tahun tahun 1991 bangunan Blok G dengan 12 bilik darjah telah siap dibina dan diduduki. Sekolah ini mengorak langkah dengan membuka kelas aliran Sains bagi Tingkatan 4 pada tahun 1995. Pengetua pada masa itu ialah Tn. Hj. Abu Bakar b. Mohd. Ali.
Selaras dengan dasar kerajaan sekaligus menyahut cabaran melahirkan generasi celik Teknologi Maklumat , blok makmal komputer ( A dan B ) telah dibina sekaligus melengkapkan lagi prasarana sekolah ini. Kemudiannya pembinaan tandas guru yang baru telah dilaksanakan pada tahun 2013 di bawah pentadbiran Tn. Hj. Mohd. Azlan b. Nordin selaku Pengetua.
Pada awal sesi persekolahan 2015, kelas Pendidikan Khas telah diwujudkan di sekolah ini. Seramai tujuh orang pelajar bekeperluan Khas menjadi pelajar perintis kepada kelas tersebut bersama tiga orang guru Pendidikan Khas.
Galeri Warisan Seri Mawar merupakan sebuah lagi mercu tanda baharu sekolah ini. Idea penubuhan galeri ini diilhamkan oleh Cik Hajah Suria bt. Sharif selaku Pengetua sekolah. Beliau ingin menjadikan galeri ini sebagai satu wadah yang merakamkan segala maklumat berkaitan perkembangan dan pencapaian sekolah ini sekaligus sebagai satu sudut informasi amat berguna kepada warga sekolah dan para pelawat yang berkunjung. Pada 28 Ogos 2015 bersempena sambutan Jubli Emas SMK Malim Nawar yang ke-50 Tahun galeri ini telah dirasmikan.



Koleksi Foto Galeri SMK Malim Nawar
Proses Pembinaan Sudut GALERI SMKMN




SRJKC San Min Malim Nawar (Remove Class)

SRJKC San Min Malim Nawar

SRJKC San Min Malim Nawar


SRJKC San Min Malim Nawar
Pekan Lama Malim Nawar
SMR Malim Nawar (Monthly School Fees)

inilah contoh yuran bulanan persekolahan aliran inggeris sekitar tahun 70an.

inilah contoh yuran bulanan persekolahan aliran inggeris sekitar tahun 70an.

inilah contoh yuran bulanan persekolahan aliran inggeris sekitar tahun 70an.

inilah contoh yuran bulanan persekolahan aliran inggeris sekitar tahun 70an.
Tokoh - Barisan Pengetua

Pekan Lama Malim Nawar

Pekan Lama Malim Nawar

Pekan Lama Malim Nawar
Tokoh - Barisan Bekas Pelajar

STAF SMKMN



Staf Sokongan Pem.Makmal

INFOLINK2
Masa Persekolahan
Isnin - Khamis / Jumaat
7:20 pg hingga 2:30 ptg [sesi pagi]
9:30 pg hingga 4:30 ptg [sesi petang]
Sabtu / Ahad
9:00 pg hingga 12:00 tgh
Jika ada temujanji / tuisyen / kursus
BLOGROL

GroupLink
EasyLink
Video Klip Terpilih
Majlis Perasmian Galeri




Anda Tetamu Kami Yang Ke
© 2015 selamat datang ke laman smkmn@aee2074 [www.wix.com] Ikuti kami melalui :
LINK KPM/JPN/PPD
KPM
LINK FROG VLE
Senarai Frog Vle Pelajar & Ibu Bapa
Ladap Frog Vle SMK Malim Nawar
SILA 'ACTIVATED' FROG VLE ANDA
PENGGUNAAN FROG VLE SECARA BERKALA
Hakcipta Terpelihara © 2015. Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Nawar
PENAFIAN: Pengguna pelayaran laman web bertanggungjawab untuk merahsiakan sebarang masalah pandangan negatif terhadap institusi sekolah ini. SMK Malim Nawar tidak bertanggungjawab kepada sebarang masalah yang timbul akibat pencerobohan dan kecuaian disebabkan oleh pihak pengguna. Selamat datang ke laman web SMK Malim Nawar.