top of page

Cik Rohana Bt Sulaiman

PK HEM SMK Malim Nawar

 

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya diberi ruang untuk menyampaikan mesej kepada warga Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Nawar pada laman sesawang  ini.

 

Berteraskankan  motto sekolah “USAHA ITU JAYA”  pihak sekolah mempunyai komitmen yang tinggi melahirkan modal insan yang cemerlang dari semua segi berdasarkan visi dan misi sekolah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

 

Daripada  kaca mata PK HEM kecemerlangan hanya akan dapat dicapai seiring kelangsungan pematuhan peraturan sekolah dan  disiplin secara menyeluruh. Asas disiplin yang ampuh dan utuh amat penting dalam pembentukan sahsiah dan kemenjadian murid. Amalan kecaknaan semua pihak banyak membantu dalam pembentukan modal insan ini. Justeru,merekayasa peranan kaunselor di sekolah oleh pihak Kementerian Pelajaran antaranya banyak membantu membimbing pelajar menunjuk arah menuju kecemerlangan pelajar akdemik mahupun sahsiah murid.

 

Setiap unit di bawah Pengurusan Hal Ehwal Murid di sekolah ini memainkan peranan penting. Pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan sepanjang tahun. Oleh yang demikian, komitmen pentadbir sekolah, guru-guru, kakitangan sekolah,para waris, ibu bapa dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam memberikan sokongan amatlah dialu-alukan dan diucapkan terima kasih.

Semoga dengan daya usaha semua pihak, agenda pendidikan ini dapat dilaksana dengan lebih dinamik dan proaktif.Sebagai renungan warga SMK Malim Nawar kita selami kata-kata daripada Imam Al Ghazali ini.

 

Yang singkat itu waktu

Yang menipu itu dunia

Yang dekat itu kematian

Yang besar itu hawa nafsu

Yang berat itu amanah

Yang sulit itu ikhlas

Yang mudah itu berbuat dosa

Yang susah itu sabar

Yang sering lupa itu bersyukur

Yang mendorong ke neraka itu lidah

Yang berharga itu iman

Yang mententeramkan hati itu teman sejati

Yang ditunggu Allah SWT itu taubat.

 

Akhirulkalam, jadilah kita insan yang baik dan dapat memberi manfaat serta sumbangan kepada agama,bangsa dan Negara…

 

Sekian, terima kasih.

Cik Rohana Bt Sulaiman

PK HEM

SMK Malim Nawar

HAL EHWAL MURID (HEM)

Bidang Tugas Utama

1.   Tetapan Rancangan Strategik HEM [bahan]

       a) Kehadiran Murid

       b) Ponteng Kelas

       c) Kes Salah Laku Disiplin

       d) Sikap dan Tingkahlaku Positif Murid

       e) Penghayatan Islam dikalangan Murid Islam

STAF SMKMN
INFOLINK2
Jadual Kelas Bimbingan Tg.5-2018
Jadual Kelas Bimbingan Tg.3-2018
Masa Persekolahan

Isnin - Khamis / Jumaat

7:20 pg hingga 2:30 ptg [sesi pagi]

9:30 pg hingga 4:30 ptg [sesi petang]

 

Sabtu / Ahad

9:00 pg hingga 12:00 tgh

 

Jika ada temujanji / tuisyen / kursus

BLOGROL

GroupLink

EasyLink

Video Klip Terpilih

Majlis Perasmian Galeri

Anda Tetamu Kami Yang Ke

© 2015 selamat datang ke laman smkmn@aee2074   [www.wix.com]                           Ikuti kami melalui :

  • Facebook Basic
  • Twitter Basic
  • YouTube Basic
  • Google+ Basic
  • LinkedIn Basic

Hakcipta Terpelihara © 2015. Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Nawar

 

PENAFIAN: Pengguna pelayaran laman web bertanggungjawab untuk merahsiakan sebarang masalah pandangan negatif terhadap institusi sekolah ini. SMK Malim Nawar tidak bertanggungjawab kepada sebarang masalah yang timbul akibat pencerobohan dan kecuaian disebabkan oleh pihak pengguna. Selamat datang ke laman web SMK Malim Nawar.

 

bottom of page